Wednesday, January 19, 2011

He knows better for us....

Miss u so much My lovely blog...huhu
Say Hi again and again..long time no see huh..

Tapi tak apa lah kan, bagi korang semua rindu dengan coretan aku ni, eh adakah orang rindu nak baca blog aku ni??hehe..perasan la pulak. Tapi betul lah ada, kan Noey. Recently, most of my friend talk about kerja, kerja kerja..termasuklah the latest one,result pengambilan KPLI @ J-Qaf semalam. So aku xmo ketinggalan untuk mencoret pasal semua ini.

Pada sahabat-sahabat yang dapat "Tahniah dan jadilah pendidik yang bijak dalam mendidik anak-anak bangsa kita yang bakal menjadi tunggak utama pembangunan negara". Fahamkan maksud aku?.Bukan apa, sebenarnya untuk jadi pendidik ni 'tidaklah semudah yang disangkakann tapi tidaklah serumit yang difikirkan'. Cheh..lebih kurang macam itulah. nanti kita kupas satu  persatu dengan lebih lanjut. Namun, dalam bergembira itu, masih ada sahabat ku yang bersedih disebabkan tidak berjaya untuk pengambilan kali ini. Kepada sahabat yang aku maksudkan, "Jangan kau bersedih sahabat, kerana kami pun turut bersedih, percayalah rezeki ALLAH ada di mana-mana dan DIA tahu apa yang DIA rencanakan untuk mu"...HE had a plan...back to the root la "Islam is the way of life" kan...kita hanya merancang allah yang menetukan..like Cebe post at her blog "MANUSIA MERANCANG" - akhirnya allah juga yang menetukan..

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menjadi pendidik, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Jangan lupa kaji tentang adab seorang pendidik yang ditulis oleh imam Ghazali, lmuan islam yang sangat disegani. Serius ni, semoga kita semua berbangga bakal memiliki pendidik yang berwibawa dalam mendidik bakal anak-anak bangsa yang berkarliber. Kalau pun mendidik dalam bidang akademik, jangan lupa diselitkan nilai-nilai dan teras agama dalamnya..Inshaallah..

"Allah knows best for us"..Aku suka sangat dengan statement ni. Ringkas tapi padat dengan maksud yang sangat mendalam kan. Aku selalu mengingatkan diri agar selalu membuat keputusan yang bijak!!!. Sebab semua orang boleh membuat keputusan tapi tidak semua membuat keputusan yang bijak. Yalah ,kadang-kadang rezeki kita datang berganda-ganda dalam satu masa, jadi masa ni lah kita harus membuat keputusan yang bijak. Then, masa ni la jugak kita selalu ikut kata hati. Tapi ingat!! kata hati lebih dekat dengan ALLAH kalau kita bermula dengan cara yang betul. Maksud aku, solat istikharah dan sentiasa berdoa semoga DIA memberi petunjuk yang terbaik untuk kita. Selalulah amalkan solat istikharah ni,sebab tiap-tiap hari kita akan  membuat pilihan.Tawakal???,,,ehm..ingat tawakal kenalah didahulukan dengan usaha. So just wanna remind myself and my friend usaha tanpa tawakal bagai pohon tanpa buah. hehe..pelik jek bunyi..Ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah la..hehe...


buzz : sungguhpun banyak harga barang semakin naik termasuklah minyak, tapi janganlah kamu semua bakal pendidik naik minyak dengan bakal-bakal pelajar korang k.hehe....