Wednesday, March 16, 2011

" Screen Cancer "


Tiba-tiba hari ini "dia" memberi kerjasama yang baik...

Tidak perlu dipegang, 
Tidak perlu disentuh dengan lembut, 
Tidak meragam, dan tidak pula mengecewakan.
Oh Mr. Lappy ..I love you so much..^^

Oh My Coretan inn daa...
Mungkin untuk seketika kita ditakdirkan bersama,
Mungkin untuk seketika kita ditakdirkan berpisah. 
Namun, tidak terhenti di situ,
 kerana sekali lagi kita ditakdirkan bertemu.....^^

Apalah yang aku merepek ni. Sebenarnya mau cakap sudah lama tidak update my entry . Rindu sangat-sangat rasanya, baru jek nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni, tiba-tiba ada kekangan yang paling tidak dapat dielakkan. Sebenarnya Mr. Lappy ni ada sakit sikit... He got " screen cancer "...Biasalah kan, umur pun sudah hampir mencecah 5 tahun. Ok la, setakat ini jek la dulu, tak sanggup sebenarnya tengok blog ni sebab "sangat-sangat berhabuk" bak kata cebe kepada ku. Banyak sebenarnya story nak dikongsikan, tetapi tidak mengapa kita hold dulu k, setelah Mr. Lappy ni sihat 120%, i'll update....wish HE recover soon... ^^


buzz : bestnya kalau ada orang sudi hadiahkan lappy 1 kan..ala, 1 jek pun..^^


Monday, January 31, 2011

First Time Ever


Salam sejuk semua. 
Bagi warga sandakan pasti faham kenapa aku gunakan sejuk kan. Hoho.

Kepada sahabat-sahabat di luar kawasan, untuk pengetahuan semua sandakan sedang dilanda banjir dan kami sedang beruasaha untuk memastikan seluruh keluarga, sahabat dan seluruh warga sandakan berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Dan Alhamdulillah, hari ini mentari telah menampakkan dirinya serta menyinari segenap pelusuk Sandakan, walaupun sempat juga langit menampakkan air matanya yang jatuh ke bumi sandakan. Tapi tuk cerita pasal banjir tu, kita bawa ke next episode la, sebab aku nak share sikit pasal cerita disebalik keberangkatan pulang ku dari Kuala Lumpur - Sandakan, 26hb Januari 2011..hehe, tak pa bah kan..

Sebab aku rasa semua yang berlaku  first time ever dalam hidup ku..cheh..hahaha..Sampai jek LCCT aku terus check in luggage, so my limit 20kg jek..Tapi yang aku bawa balik 2 beg bagasi dan 1 kotak..haha.Rasa-rasa lebih atau kurang 20kg?ehehe, semestinya lebih la. Sebab aku nak masukkan 1 bagasi dan 1 kotak jek dalam kargo tu. So harap-harap not overwieght la kan. Dengan semangatnya aku meletakkan beg dan kotak atas scales itu , dan tertera di monitor "23kg". 

diri : Oh no!!hehe...*bermonolog jek la,,
person in charge : RM 45 ci
diri : oh ya?? *Buat-buat tak tau pulak..RM15 for every 1kg overweight ok!!hehe
      : Ok sekejap ya,saya keluarkan fail dalam beg tu dulu. Bolehkan??
person in charge : Boleh, tapi kena scan semula..
diri : Ok, moman tai...**hahahaha, Do Something!and make it 20kg..keep waiting..ngeh2..Done. 21kg only..
person in charge : ok,settle..Thank You
diri : Thank You very-bery much..haha. "kenapa harus bayar lebih??!!..kan dah tak perlu bayar langsung"..haha..terus tersenyum....keep smiling diri,,,ehehehehehe. Selesai 1 perkara, yang tak pernah terjadi selama aku menaiki pesawat pejuang pembangunan negara.

Next station, check in diri @ Boarding time. Time aku balik hari tu, LCCT so crowded dengan orang yang sangat ramai. Then, next rule, luggage yang bawa naik atas should not more than 7kg. Sebenarnya, aku selalu jek bawa beg naik atas kapal terbang more than 7kg and normally nothing wrong with that. Surprisingly, hari tu disebabkan orang yang sangat ramai, dan tetiba la pulak AirAsia buat "spotcheck" dengan menimbang setiap beg. Aku tak hairan pun sebab dengan yakin aku merasakan beg aku not more than 7kg. BUT,ehehe.."Sorry Miss, you have to put this bag at kargo because its more than 7kg". Again, never happen to me before. But, No worry, I have plan B and again file azimat terpaksa dikeluarkan dari bagasi itu. Finally, I make it not more than 7kg. Terlepas dari azab kedua..YES.

Azab ketiga pulak bermula, setelah melepasi immigration check dan tak berbunyi pun scanner tu. Tapi boleh pulak dia tahan sebab ada something inside my laptop bag. Takpa lah kan, bagi la diorang  check untuk menyenangkan hati diorang. Aku sampai terfikir, takkanlah ada orang masukkan "barang bagus "dalam beg ku ni, macam kes pelajar malaysia yang dianiayai tu kan,ehehe. Tanpa segan silu aku bertanya kenapa mesti check, is there something wrong with that. Rupanya terlalu banyak barang elektronik dalam beg tu untuk diselongkar. Yalah, macam-macam ada. Laptop, financial calculator, headphone, my pinky hp, buku 170 solat sunat, my Quran, magazine dan buku-buku lain. Sampaikan Miss immigration tu cakap, baiknya awak ni..**Soalan pun bermain-main difikiran ku,"Apa yang baik kak??..pelik2..". Ingatkan bolehla masuk TV3 kalau ada apa-apa kan, nasib baik xda apa-apa dan terlepas. YES

Sambil-sambil tunggu kapal terbang bersedia untuk berlepas, sempat lagi sarapan dengan roti Choc gardenia, "Sungguh enak dimakan begitu saja". Tengok ticket seat, 26f. Yes, duduk tepi tingkap, best-best. Unluckily, sampai atas..Oh no..ada seorang pakcik duduk tempat ku dengan selamba dan tanpa rasa bersalah dan yang duk tengah ni pulak seorang mamat yang agak pelik pakaiannya, takut aku. Tapi, aku tak kisah pun, sebab pakcik-pakcik yang amik tempat duduk aku, kalau anak muda tadi, sound jugak la. Again, never happen before.hehehe..

Part ni yang paling aku sangat-sangat teruja untuk share dengan semua. A sense of calm and nervous. Inilah juga kali pertama aku naik flight yang bagi amaran berjaga-jaga sebanyak empat kaliTanda isyarat tali pinggang telah dinyalakan and "Ladies and gentlement, please fasten your seatbelt and remain seated". Bila arahan ini sudah dikeluarkan, biasanya bagi aku means something wrong with weather. Biasalah kan, kalau cuaca tak baik, dengan awan dan kabus yang tebal. Masa kapal terbang tu crossed a batch of cloud, mulalah ianya bergoyang dan bergerak agak susah sedikit. Tapi yang ini aku sudah biasa. So, ada sense of calm dalam diri ku. Second & third attention pun, problem yang sama jugak la, so thats fine la. Walaupun aku nampak cuaca di atas sana agak takut sebab gelap semacam jek. Pilot pun announce "We'll be lending shortly in 5 minute", dan aku pun rasa lega sebab tak ada apa-apa yang berlaku. Belum sempat aku lega, tanda isyarat dinyalakan semula dan sekali lagi aku mendengar suara pilot yang agak merdu itu menyatakan yang cuaca di sandakan kurang baik, kabus dan awan yang tebal dan aku pun memanjangkan leher ku tuk tengok cuaca di lar sana. A sense og nervous here, bayangkan dalam masa 5 minit, anything can happen kan. Di sinilah klimaksnya, kapal terbang tu bergoyang sangat kuat sampaikan aku pun kalau tak pakai seatbelt tu, confirm terjatuh dari tempat duduk ku. Dapatkah anda semua membayangkan?hehe..


Rupanya cuaca di Sandakan memang agak kurang baik sebab hujan turun tak henti-henti. Alhamdulillah, aku selamat sampai di tanah kelahiran ku, dan merasa sangat gembira setelah melihat My Lovely Dad datang menyambutku. hehe..

Aku sempatlah jugak jot down sikit ilmu aviation ni untuk share dengan korang semua, copyright from 3sixthy, majalah yang aku wajib baca tiap kali naik Airasia. 4 steps from starting point to going up there :

  • Suck - Jet engine takes in air at the front.
  • Squeeze - Compress it and then pulls it through a series of compressor blades.
  • Blow - Adds fuel to the hot compressed air, ignites the mixture in a hot combustion chamber.
  • Go - Create force known as thrust.


buzz : Thank You Allah for the safe and pleasant trip

Tuesday, January 25, 2011

next station..London or New York ??


Morning semua..Annayong haseyo..

Bestnya semalam pergi MidValley, masuk MPH then cari novel interlok (yang dijadikan isu perkauman dan politik so curious sangat to know about it) dan Novel 5 Menara and unfortunately tak jumpa pun. Sedang mencari dan membaca dengan khusyuknya buku-buku di ruang  bacaan itu, tiba-tiba aku terdengar orang bercakap dan berdialog seperti ini :

Orang itu : ko tolong ba carikan sa ball pen.
diri : bermonolog dalaman  "aik, macam budak sabah jak ni, tengok sikit"

                Kemudian dengan segera ku mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan gadis yang wangi lagi seksi ini..jeng jeng jeng..La,rupanya org ni..Marsha Milan Londoh. Cantik tapi seksi bah!! hehe .Biasanya orang jumpa artis tangkap gambar kan tapi aku x tangkap gambar pun sebab aku jual mahal..hehe ..Lain la kalau kak Siti Nurhaliza ku..kih3..

Tak minat sangat pon..tp okela kalau berlakon especially kalau dia cakap sabah !!

Ok, bukan aku nak cerita pasal marsha ni..Aku nak tanya korang mana lagi best. Pergi London atau New York?.kalau jawapan aku, aku nak pergi ke dua-dua tempat ni. Mesti best kan, apatah lagi kalau dapat special offer.
 London RM 18 Only !!!
New York RM 28 Only !!!

Last weekend la, me and my cousin hang out together-gether with Anim n her One @ Times Square. Lagipun nak amik gambar konvo aku yang sudah basi dengan anim tu. Then after we all separated (yala xmau kacau anim and her One), aku dengan my cousin antara manusia yang bertuah pada hari itu, yalah terjumpa dan dijumpai oleh sekumpulan manusia yang sedang giat membuat promosi berkenaan dengan London and NewYork. Tebeliak biji mata kami bersama jantung yang terus berdegup lebih kencang disebabkan promosi yang sangat-sangat berbaloi ini. Pergi ke London dengan hanya membayar RM 18 dan pergi ke New York dengan hanya membayar sebanyak RM 28 !!..AirAsia dengan MAS airline pun tak pernah buat promosi sebegini rupa. Fuh, siapa yang tak nak kan? cuba cakap??hehe....

Dengan semangat yang tinggi, keazaman yang jitu, kami pun mendengar dan menilai sendiri sejauh mana kesahihan dan kerasionalan promosi ini. Tapi dengan syarat, promosi ni valid for non-student and working people only !!..Jadi aku rasa aku dalam kategori non-student kot, sebab aku belum kerja dan bukan pelajar. Aku berjaya mencapai kriteria-kriteria yang diperlukan. YES !!..Then terus aku membuat pilihan samada aku nak pergi London atau New York. Kalau aku pergi ke London, apa yang boleh aku buat di sana nanti dan kalau pergi ke New York lagi lah tak ada apa-apa hal..erm..konfius seketika. Salesperson tu tak jemu-jemu mengajak aku untuk beli tiket pergi ke dua-dua tempat tu. Seteleh ku hitung-hitung akhirnya aku membuat pilihan untuk ke London sebab murah sangat dan aku rasa berbaloi. Lagipun aku rasa seperti diriku sudah semakin membesar dan aku layak untuk ke sana. 

Tapi dalam masa aku membuat pilihan itu, aku sangat kasihan melihat my cousin yang tidak dapat membuat apa-apa pilihan disebabkan dia dikategorikan sebagai student. Apa yang lebih mengecewakan ialah my cousin memang sudah lama menyimpan hasrat untuk pergi ke New York tu and she really need to go there.. huhu..kesian dia kan. Tapi tidak mengapa kerana dengan segala ilmu dan bakat yang aku ada, aku berusaha untuk memastikan matlamatnya tercapai kerana dia lebih layak pergi ke New York disebabakan ada masalah dalaman sikit. Then, finally its come true. We make it, kami berjaya mendapatkan tiket untuk ke New York pada 24 Januari, pukul 3pm waktu Malaysia iaitu semalam. I'm happy for her. Congrate my dear..You deserve it !!

Ok aku pun sudah membuat keputusan untuk pergi ke London, tiba-tiba saleperson tu tanya.

saleperson : Berapa tinggi awak?
diri : 153 cm (*menjawab dalam keadaan blur and confius, apa kena-mengena berat ku dengan membeli tiket ini? )
saleperson : Berat awak sekarang ?
diri : 44kg (** double blur and confius)
saleperson : Aiyoo, amoi..awak tak boleh la beli ini tiket. Awak tidak layak maa..
diri : What ?!!! (kecewa, sedih dan marah)..but Why not?
saleperson : ya meh, tiket ini hanya untuk overweight saja maa..Awak ni normal la.
diri : ha ha ha ha..oke then..just leave it here !!

Rupa-rupanya baru aku menyedari yang aku ingin membeli tiket baucer London Weight Management yang mana hanya untuk mereka yang overwight sahaja ..kih3..Ini semua disebabkan aku merasakan yang diri ku semakin mem"besar". Ingatkan dapatlah merasa treatment yang London buat untuk customernya. hehe, terlepas peluang aku untuk share dengan kamu semua pasal treatment tu kan. Then pasal New York tu, aku tak nak beli la tiketnya sebab masa my cousin beli, saleperson tu tanya pasal skin problem, then dia dapat la sebab dia memang ada skin problem. Then kalau aku yang beli pulak mesti dia jawab macam ni: 
"Awak xlayak la miss, sebab awak tidak ada skin problem ma. Sebab kami di New York Skin Solution hanya menyelesaikan skin problem saja" .hampeh dan kecewa la aku..

Nampaknya, the next station is not London or new York but New York Skin Solution @ MidValley jek la..ha ha ha...London Weight Management New York Skin Solution ok !!!..its no real London and New York..kih3. Jangan marah bah..hehe

buzz : temankan cousin aku buat treatment New York Skin Solution kemarin petang, kesian dia nangis-nangis sebab sangat sakit dia rasa. Harap-harap treatment tu berbaloi dan berhasil!!go go my cousin . Inshaallah your skin will be cure. Amin.

Monday, January 24, 2011

Cool welcoming @ WSB


Salam..Hi semua.
Let's start today with smile....like Fazura he he he

suka la fazura..natural kan..

Al-kisah bermula 3 days ago apabila ikem post on my fb wall..~~
ikem  :  inn.titah dari admin..cek dis out : "'Item perlu diketahui dalam komuniti WSB" by founder "
diri    : oh yaka? oke2...jap lagi aku update di blog ku ..thanx ya ..=)


Selepas saja titah telah aku baca, dengan segera aku menurut titah duli admin WSB (We Are Sahaban BloggerMania ) untuk meletakkan logo WSB di dalam blog aku. Aku mana la tahu, ingatkan after register barula boleh put that logo on my blog and bergiat aktif dalam WSB kan..Biasala budak baru belajar, Orentasi la dulu kan. Aku pun dengan skemanya mentelaah segala titah yang telah diberikan dan mengkaji selidik sedikit sebanyak berkenaan WSB ni. Gali punya gali, cari punya cari and shut up not shut up (versi FBI) akhirnya, aku berjaya jugak untuk meletakkan logo wasaber di blog ku ini. Thumbs up for me ..


Lepas tu apa lagi, buat kacau dulu la di wall WSB ni. ikem punya cadangan la ni,ajar aku buat kecoh,ho ho ho..Ala,bukan kecoh apa pun,,just want to notify WSB admin yang aku sudah berjaya letak logo WSB di blog ku. Jeng jeng jeng..dengan tiba-tiba...aku disambut oleh beberapa orang senior WSB called wasaber di fb WSB. Dan beberapa orang telah menjadi folower ku dalam masa beberapa minit..cheh macam la apa..haha..Maksud ku gni..Waaa..Welcoming nya wasaber2 ni..its cool, hehe..i like..!!!


Antara senior wasaber yang aku mau thumbs up ialah..haha..macam terima award la pulak kan..the winner goes to :


ikem (of coz) hehe..Vizard Piremon Mask-army, Izwan H.Shah, Sahidzan GcoAsk, ZRn Isme, AfieAfierain Lai,  Aemy hayley Shamy, Farah Ayien and all wasaber. Then tidah lupa jugak Admin WSB.
 Kamsahmnida, Arigato, Danke, Syukran & Terima kasih

Okla semua..Thank you for cool welcoming from you guys.Give me time to Blogwlaking to all  wasaber blog ok. Saya budak baru belajar, kalau ada masa ajar lah lagi yea..


buzz : nice to know them..and yang lain welcome2 to WSB ok !!!! pretty cool...

Friday, January 21, 2011

Temankan Bah.....


Jomlah !!! temankan bah pergi sana..Siapa bah yang sudi ni ?? huhu..
Ada dua tempat yang ingin dituju ni...

Tapi bukan pergi tengok kurafat ok,hehe..Kalau yang ni kena tunggulah vcd keluar or tengok jak d astro tu, subscribe movie bukan susah pun.hish hish hish..Tadaaa ini dia sebenarnya tempat yang sangat-sangat ingin dituju...goes tooo

First place to go @



Second place to go @



Siapa peminat Tun Dr. Mahathir & Maher Zain ?? Sila angkat tangan,eh sekali dengan kaki la. Jom temankan pergi ke dua tempat yang sangat istimewa ni. Di mana lagi kalau bukan teater muzikal Tun. Dr. Mahathir @ Istana Budaya pada 21-30 Januari 2011, pukul 8.30 malam dan Maher Zain Live in Concert @ Stadium Meaawati Shah Alam pada 25&26 Febuari 2011, pukul 8.30 malam. Jomlah, Jomlah..Tengah cari geng and cari supporter hahaha..

**Teater Muzikal Tun Dr. Mahathir 2 :
~Tun Dr. Mahathir, nama pun aku sudah tabik, apatah lagi kalau baca, dengar dan tontoni sendiri kisah perjalanan beliau sebagai pemimpin yang sangat-sangat-sangat-sangat disegani. Modernisation, it's him.
~ Sudah lama menyimpan hasrat untuk masuk dan tengok sendiri teater yang dijalankan di istana budaya ni. Tapi hasrat selalu tidak tercapai ha ha ha..
~ Time Uni dulu k.ain selalu ajak pergi tengok teater, tapi tu la..malam ba, jadi susahla untuk kami bergerak ke sana, student la katakan. Hostel pulak very firm and complicated plus weird. Sekarang im free to go anywhere. ** tempat yang baik jak pergi ha ha ha ..


** Maher Zain :
~ Tiap hari wajib dengar lagunya ni especially Inshaallah.
~ dan Inshaallah macam tidak dapat pergi jak concertnya ni..he he he
~ 1st time dia sampai malaysia hari tu, semangat aku tengok jadualnya di Fb supaya setiap channel tv dan radio yang dia datang, aku pun "datang". tak mau ketinggalan ba,ok.
~Lyrics, rhythm, voice, tone, all in one was perfect !!!!


Hati mula berkocak bergelodak meraung untuk menghadiri 2 tempat ini
hanya ada beberapa hari lagi untuk menunaikannya
dan aku harus bijak untul mencari geng and supporter
jadi sekiranya anda sudi menaja tiket dan menemankan aku
silalah nyatakan hasrat anda melalui blog ku ini
he he he he he he.......

buzz : Neem jom lah ba.....he he he

Thursday, January 20, 2011

+01 24 7 4 12 365


hi semua
ok lets coret again..i like this feeling so much.. hehe
Kenapa hari ini aku boleh rasa yang masa tidak cukup?? Astagfirullah al-azim..istigfhar diri..

Allah sudah aturkan semuanya..24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan & 12 bulan setahun equal  to 365 hari. Tapi kenapa boleh rasa tak cukup-cukup?? aiyoyo..(eh eh iklan thaipusam jap). Semalam punya pasal lah ni, ada lah plan dengan kawan-kawan tuk hang out together-gether, tapi oleh kerana "masa yang tidak cukup" so terpaksalah plan yang terbaik punya untuk pastikan semua dapat dilaksanakan.Tengok!!! still salahkan masa yang tidak cukup.astagfirullah..So,the keyword is, arrange our time properly !!! ok

Serius ok, bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita mengunakan masa untuk sesuatu perkara yang tidak pernah cukup. Seharusnya kita kenalah bijak dalam menggunakan masa yang ada, barulah kita tahu betapa pentingnya setiap detik yang berlalu.Cheh cheh,lebih-lebih pulak bagi nasihat ni..Sendiri pun pernah rasa yang masa tak cukup. tapi tidak salah untuk mengigatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain kan. Yelah, tengoklah dalam masa yang banyak ALLAH kurniakan tuk kita, namun masih lagi ada insan-insan yang menghamburkan kata-kata seperti ini ;

~ " hantar je lah mak ayah kita pergi ke rumah orang tua sebab TAK ADA MASA lah nak jaga diorang"
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi jenguk mak ayah di kampung,banyak sangat kerja ni "
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi ke masjid solat jemaah, balik je kerja dah letih "
~ " TAK ADA MASA lah nak bangun tuk wat qiamullail sebab tidur pun dah lewat sangat "
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi ke projek amal tuk anak-anak yatim tu, banyak sangat 
       kerja"
~ TAK ADA MASA untuk ALLAH, NABI, ibubapa, anak-anak, keluarga, sahabat dan yang 
    paling penting untuk diri sendiri..Nauzubillah..
~ TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..!!!!

Sampai bila nak jadikan masa sebagai alasan??..ingat !! caution !! hehe...Jangan sampai masa untuk kita berakhir, baru kita sedar yang masa itu sangat berharga. Jangan terlalu asyik bekerja hinggakan kita lupa akan  semua yang kita kerjakan adalah milik-NYA, dan pada satu saat dia pasti menarik semua itu. Sekalipun kita sibuk mengumpul harta duniawi, tapi jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul harta ukhrawi. sekali saja DIA berkata "kun faya kun"..tamatlah riwayat kita semuanya..bak tagline sabun apa ya??? xingat " tamatlah riwayat kesan degil !!! " hehe..


Bila waktu telah memanggil, Teman sejati adalah amal,
Bila waktu telah terhenti,  Teman sejati tinggallah sepi.
  ~ Credit to Opick

buzz : So, kenalah ada masa tuk spend my time together-gether with my friend @ kl ni..sebelum berangkat pulang ke kampung halaman..hehe..** Precious Time






Wednesday, January 19, 2011

He knows better for us....

Miss u so much My lovely blog...huhu
Say Hi again and again..long time no see huh..

Tapi tak apa lah kan, bagi korang semua rindu dengan coretan aku ni, eh adakah orang rindu nak baca blog aku ni??hehe..perasan la pulak. Tapi betul lah ada, kan Noey. Recently, most of my friend talk about kerja, kerja kerja..termasuklah the latest one,result pengambilan KPLI @ J-Qaf semalam. So aku xmo ketinggalan untuk mencoret pasal semua ini.

Pada sahabat-sahabat yang dapat "Tahniah dan jadilah pendidik yang bijak dalam mendidik anak-anak bangsa kita yang bakal menjadi tunggak utama pembangunan negara". Fahamkan maksud aku?.Bukan apa, sebenarnya untuk jadi pendidik ni 'tidaklah semudah yang disangkakann tapi tidaklah serumit yang difikirkan'. Cheh..lebih kurang macam itulah. nanti kita kupas satu  persatu dengan lebih lanjut. Namun, dalam bergembira itu, masih ada sahabat ku yang bersedih disebabkan tidak berjaya untuk pengambilan kali ini. Kepada sahabat yang aku maksudkan, "Jangan kau bersedih sahabat, kerana kami pun turut bersedih, percayalah rezeki ALLAH ada di mana-mana dan DIA tahu apa yang DIA rencanakan untuk mu"...HE had a plan...back to the root la "Islam is the way of life" kan...kita hanya merancang allah yang menetukan..like Cebe post at her blog "MANUSIA MERANCANG" - akhirnya allah juga yang menetukan..

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menjadi pendidik, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Jangan lupa kaji tentang adab seorang pendidik yang ditulis oleh imam Ghazali, lmuan islam yang sangat disegani. Serius ni, semoga kita semua berbangga bakal memiliki pendidik yang berwibawa dalam mendidik bakal anak-anak bangsa yang berkarliber. Kalau pun mendidik dalam bidang akademik, jangan lupa diselitkan nilai-nilai dan teras agama dalamnya..Inshaallah..

"Allah knows best for us"..Aku suka sangat dengan statement ni. Ringkas tapi padat dengan maksud yang sangat mendalam kan. Aku selalu mengingatkan diri agar selalu membuat keputusan yang bijak!!!. Sebab semua orang boleh membuat keputusan tapi tidak semua membuat keputusan yang bijak. Yalah ,kadang-kadang rezeki kita datang berganda-ganda dalam satu masa, jadi masa ni lah kita harus membuat keputusan yang bijak. Then, masa ni la jugak kita selalu ikut kata hati. Tapi ingat!! kata hati lebih dekat dengan ALLAH kalau kita bermula dengan cara yang betul. Maksud aku, solat istikharah dan sentiasa berdoa semoga DIA memberi petunjuk yang terbaik untuk kita. Selalulah amalkan solat istikharah ni,sebab tiap-tiap hari kita akan  membuat pilihan.Tawakal???,,,ehm..ingat tawakal kenalah didahulukan dengan usaha. So just wanna remind myself and my friend usaha tanpa tawakal bagai pohon tanpa buah. hehe..pelik jek bunyi..Ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah la..hehe...


buzz : sungguhpun banyak harga barang semakin naik termasuklah minyak, tapi janganlah kamu semua bakal pendidik naik minyak dengan bakal-bakal pelajar korang k.hehe....