Tuesday, January 25, 2011

next station..London or New York ??


Morning semua..Annayong haseyo..

Bestnya semalam pergi MidValley, masuk MPH then cari novel interlok (yang dijadikan isu perkauman dan politik so curious sangat to know about it) dan Novel 5 Menara and unfortunately tak jumpa pun. Sedang mencari dan membaca dengan khusyuknya buku-buku di ruang  bacaan itu, tiba-tiba aku terdengar orang bercakap dan berdialog seperti ini :

Orang itu : ko tolong ba carikan sa ball pen.
diri : bermonolog dalaman  "aik, macam budak sabah jak ni, tengok sikit"

                Kemudian dengan segera ku mendongakkan kepala untuk melihat siapakah gerangan gadis yang wangi lagi seksi ini..jeng jeng jeng..La,rupanya org ni..Marsha Milan Londoh. Cantik tapi seksi bah!! hehe .Biasanya orang jumpa artis tangkap gambar kan tapi aku x tangkap gambar pun sebab aku jual mahal..hehe ..Lain la kalau kak Siti Nurhaliza ku..kih3..

Tak minat sangat pon..tp okela kalau berlakon especially kalau dia cakap sabah !!

Ok, bukan aku nak cerita pasal marsha ni..Aku nak tanya korang mana lagi best. Pergi London atau New York?.kalau jawapan aku, aku nak pergi ke dua-dua tempat ni. Mesti best kan, apatah lagi kalau dapat special offer.
 London RM 18 Only !!!
New York RM 28 Only !!!

Last weekend la, me and my cousin hang out together-gether with Anim n her One @ Times Square. Lagipun nak amik gambar konvo aku yang sudah basi dengan anim tu. Then after we all separated (yala xmau kacau anim and her One), aku dengan my cousin antara manusia yang bertuah pada hari itu, yalah terjumpa dan dijumpai oleh sekumpulan manusia yang sedang giat membuat promosi berkenaan dengan London and NewYork. Tebeliak biji mata kami bersama jantung yang terus berdegup lebih kencang disebabkan promosi yang sangat-sangat berbaloi ini. Pergi ke London dengan hanya membayar RM 18 dan pergi ke New York dengan hanya membayar sebanyak RM 28 !!..AirAsia dengan MAS airline pun tak pernah buat promosi sebegini rupa. Fuh, siapa yang tak nak kan? cuba cakap??hehe....

Dengan semangat yang tinggi, keazaman yang jitu, kami pun mendengar dan menilai sendiri sejauh mana kesahihan dan kerasionalan promosi ini. Tapi dengan syarat, promosi ni valid for non-student and working people only !!..Jadi aku rasa aku dalam kategori non-student kot, sebab aku belum kerja dan bukan pelajar. Aku berjaya mencapai kriteria-kriteria yang diperlukan. YES !!..Then terus aku membuat pilihan samada aku nak pergi London atau New York. Kalau aku pergi ke London, apa yang boleh aku buat di sana nanti dan kalau pergi ke New York lagi lah tak ada apa-apa hal..erm..konfius seketika. Salesperson tu tak jemu-jemu mengajak aku untuk beli tiket pergi ke dua-dua tempat tu. Seteleh ku hitung-hitung akhirnya aku membuat pilihan untuk ke London sebab murah sangat dan aku rasa berbaloi. Lagipun aku rasa seperti diriku sudah semakin membesar dan aku layak untuk ke sana. 

Tapi dalam masa aku membuat pilihan itu, aku sangat kasihan melihat my cousin yang tidak dapat membuat apa-apa pilihan disebabkan dia dikategorikan sebagai student. Apa yang lebih mengecewakan ialah my cousin memang sudah lama menyimpan hasrat untuk pergi ke New York tu and she really need to go there.. huhu..kesian dia kan. Tapi tidak mengapa kerana dengan segala ilmu dan bakat yang aku ada, aku berusaha untuk memastikan matlamatnya tercapai kerana dia lebih layak pergi ke New York disebabakan ada masalah dalaman sikit. Then, finally its come true. We make it, kami berjaya mendapatkan tiket untuk ke New York pada 24 Januari, pukul 3pm waktu Malaysia iaitu semalam. I'm happy for her. Congrate my dear..You deserve it !!

Ok aku pun sudah membuat keputusan untuk pergi ke London, tiba-tiba saleperson tu tanya.

saleperson : Berapa tinggi awak?
diri : 153 cm (*menjawab dalam keadaan blur and confius, apa kena-mengena berat ku dengan membeli tiket ini? )
saleperson : Berat awak sekarang ?
diri : 44kg (** double blur and confius)
saleperson : Aiyoo, amoi..awak tak boleh la beli ini tiket. Awak tidak layak maa..
diri : What ?!!! (kecewa, sedih dan marah)..but Why not?
saleperson : ya meh, tiket ini hanya untuk overweight saja maa..Awak ni normal la.
diri : ha ha ha ha..oke then..just leave it here !!

Rupa-rupanya baru aku menyedari yang aku ingin membeli tiket baucer London Weight Management yang mana hanya untuk mereka yang overwight sahaja ..kih3..Ini semua disebabkan aku merasakan yang diri ku semakin mem"besar". Ingatkan dapatlah merasa treatment yang London buat untuk customernya. hehe, terlepas peluang aku untuk share dengan kamu semua pasal treatment tu kan. Then pasal New York tu, aku tak nak beli la tiketnya sebab masa my cousin beli, saleperson tu tanya pasal skin problem, then dia dapat la sebab dia memang ada skin problem. Then kalau aku yang beli pulak mesti dia jawab macam ni: 
"Awak xlayak la miss, sebab awak tidak ada skin problem ma. Sebab kami di New York Skin Solution hanya menyelesaikan skin problem saja" .hampeh dan kecewa la aku..

Nampaknya, the next station is not London or new York but New York Skin Solution @ MidValley jek la..ha ha ha...London Weight Management New York Skin Solution ok !!!..its no real London and New York..kih3. Jangan marah bah..hehe

buzz : temankan cousin aku buat treatment New York Skin Solution kemarin petang, kesian dia nangis-nangis sebab sangat sakit dia rasa. Harap-harap treatment tu berbaloi dan berhasil!!go go my cousin . Inshaallah your skin will be cure. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

che'e....betul2 ingat mau p london bah kamu..heheheh

iNn.Daa.Usman said...

hahaha..best x??klu la betul dpat g london with only rm 18..ii ajak u oll suma join..kih3....

c3kzik3m said...

peh!!ingat betul2..seket mau jeles..kehkeh..tp NY skin solution tu ok ka?hihiii

iNn.Daa.Usman said...

Well,klu btul2 kan best!!!Hoho...
erm,oke kot kem.sbb ad jugak cousin ku yg pna buat sna..alhamdulillah berkesan la..xda kesan degil..haha..tp 2la, treatmentnya..sakit giler kot..huhu

NUR ALINA ABDUH said...

aku paling ngam ni kan london??

iNn.Daa.Usman said...

hahaha..a,ah kalik..kih3..bole ba klu try2 jak kan bek..hehe..mo rsa ba, mna tau la boleh trun lemak kan..kih3