Thursday, January 20, 2011

+01 24 7 4 12 365


hi semua
ok lets coret again..i like this feeling so much.. hehe
Kenapa hari ini aku boleh rasa yang masa tidak cukup?? Astagfirullah al-azim..istigfhar diri..

Allah sudah aturkan semuanya..24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan & 12 bulan setahun equal  to 365 hari. Tapi kenapa boleh rasa tak cukup-cukup?? aiyoyo..(eh eh iklan thaipusam jap). Semalam punya pasal lah ni, ada lah plan dengan kawan-kawan tuk hang out together-gether, tapi oleh kerana "masa yang tidak cukup" so terpaksalah plan yang terbaik punya untuk pastikan semua dapat dilaksanakan.Tengok!!! still salahkan masa yang tidak cukup.astagfirullah..So,the keyword is, arrange our time properly !!! ok

Serius ok, bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita mengunakan masa untuk sesuatu perkara yang tidak pernah cukup. Seharusnya kita kenalah bijak dalam menggunakan masa yang ada, barulah kita tahu betapa pentingnya setiap detik yang berlalu.Cheh cheh,lebih-lebih pulak bagi nasihat ni..Sendiri pun pernah rasa yang masa tak cukup. tapi tidak salah untuk mengigatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain kan. Yelah, tengoklah dalam masa yang banyak ALLAH kurniakan tuk kita, namun masih lagi ada insan-insan yang menghamburkan kata-kata seperti ini ;

~ " hantar je lah mak ayah kita pergi ke rumah orang tua sebab TAK ADA MASA lah nak jaga diorang"
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi jenguk mak ayah di kampung,banyak sangat kerja ni "
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi ke masjid solat jemaah, balik je kerja dah letih "
~ " TAK ADA MASA lah nak bangun tuk wat qiamullail sebab tidur pun dah lewat sangat "
~ " TAK ADA MASA lah nak pergi ke projek amal tuk anak-anak yatim tu, banyak sangat 
       kerja"
~ TAK ADA MASA untuk ALLAH, NABI, ibubapa, anak-anak, keluarga, sahabat dan yang 
    paling penting untuk diri sendiri..Nauzubillah..
~ TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..TAK ADA MASA lah..!!!!

Sampai bila nak jadikan masa sebagai alasan??..ingat !! caution !! hehe...Jangan sampai masa untuk kita berakhir, baru kita sedar yang masa itu sangat berharga. Jangan terlalu asyik bekerja hinggakan kita lupa akan  semua yang kita kerjakan adalah milik-NYA, dan pada satu saat dia pasti menarik semua itu. Sekalipun kita sibuk mengumpul harta duniawi, tapi jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul harta ukhrawi. sekali saja DIA berkata "kun faya kun"..tamatlah riwayat kita semuanya..bak tagline sabun apa ya??? xingat " tamatlah riwayat kesan degil !!! " hehe..


Bila waktu telah memanggil, Teman sejati adalah amal,
Bila waktu telah terhenti,  Teman sejati tinggallah sepi.
  ~ Credit to Opick

buzz : So, kenalah ada masa tuk spend my time together-gether with my friend @ kl ni..sebelum berangkat pulang ke kampung halaman..hehe..** Precious Time






Wednesday, January 19, 2011

He knows better for us....

Miss u so much My lovely blog...huhu
Say Hi again and again..long time no see huh..

Tapi tak apa lah kan, bagi korang semua rindu dengan coretan aku ni, eh adakah orang rindu nak baca blog aku ni??hehe..perasan la pulak. Tapi betul lah ada, kan Noey. Recently, most of my friend talk about kerja, kerja kerja..termasuklah the latest one,result pengambilan KPLI @ J-Qaf semalam. So aku xmo ketinggalan untuk mencoret pasal semua ini.

Pada sahabat-sahabat yang dapat "Tahniah dan jadilah pendidik yang bijak dalam mendidik anak-anak bangsa kita yang bakal menjadi tunggak utama pembangunan negara". Fahamkan maksud aku?.Bukan apa, sebenarnya untuk jadi pendidik ni 'tidaklah semudah yang disangkakann tapi tidaklah serumit yang difikirkan'. Cheh..lebih kurang macam itulah. nanti kita kupas satu  persatu dengan lebih lanjut. Namun, dalam bergembira itu, masih ada sahabat ku yang bersedih disebabkan tidak berjaya untuk pengambilan kali ini. Kepada sahabat yang aku maksudkan, "Jangan kau bersedih sahabat, kerana kami pun turut bersedih, percayalah rezeki ALLAH ada di mana-mana dan DIA tahu apa yang DIA rencanakan untuk mu"...HE had a plan...back to the root la "Islam is the way of life" kan...kita hanya merancang allah yang menetukan..like Cebe post at her blog "MANUSIA MERANCANG" - akhirnya allah juga yang menetukan..

Kepada sahabat-sahabat yang bakal menjadi pendidik, aku doakan yang terbaik untuk korang semua. Jangan lupa kaji tentang adab seorang pendidik yang ditulis oleh imam Ghazali, lmuan islam yang sangat disegani. Serius ni, semoga kita semua berbangga bakal memiliki pendidik yang berwibawa dalam mendidik bakal anak-anak bangsa yang berkarliber. Kalau pun mendidik dalam bidang akademik, jangan lupa diselitkan nilai-nilai dan teras agama dalamnya..Inshaallah..

"Allah knows best for us"..Aku suka sangat dengan statement ni. Ringkas tapi padat dengan maksud yang sangat mendalam kan. Aku selalu mengingatkan diri agar selalu membuat keputusan yang bijak!!!. Sebab semua orang boleh membuat keputusan tapi tidak semua membuat keputusan yang bijak. Yalah ,kadang-kadang rezeki kita datang berganda-ganda dalam satu masa, jadi masa ni lah kita harus membuat keputusan yang bijak. Then, masa ni la jugak kita selalu ikut kata hati. Tapi ingat!! kata hati lebih dekat dengan ALLAH kalau kita bermula dengan cara yang betul. Maksud aku, solat istikharah dan sentiasa berdoa semoga DIA memberi petunjuk yang terbaik untuk kita. Selalulah amalkan solat istikharah ni,sebab tiap-tiap hari kita akan  membuat pilihan.Tawakal???,,,ehm..ingat tawakal kenalah didahulukan dengan usaha. So just wanna remind myself and my friend usaha tanpa tawakal bagai pohon tanpa buah. hehe..pelik jek bunyi..Ilmu tanpa amal bagai pohon tanpa buah la..hehe...


buzz : sungguhpun banyak harga barang semakin naik termasuklah minyak, tapi janganlah kamu semua bakal pendidik naik minyak dengan bakal-bakal pelajar korang k.hehe....


Thursday, January 13, 2011

Mission Accomplished...


Kisah Lampau..????
pun masih boleh dikongsikan ..kan kan kan...Apatah lagi kisah yang baru saja terlakar dalam hidup kita. Pahit, manis, sedih, gembira semuanya masih boleh dikongsi selagi kita rasa ingin kongsikan. Coret-coret pasal kongsi ni, jom aku kongsikan kisah yang baru saja terlakar haris abtu lepas @ 8.1.11


Tadaaa..its all about this

Cosmic Bowl @ MidValley

So, kami pun pilih tuk hang out @ Cosmic Bowl..hehe..lagipun ni 2nd time la dapat main bowling. First time masuk kt dalam ni, Fuh seram sejuk sebab tempat too dark plus blue light and genre muzik yang dahsyat..hee, yela xpernah masuk kan..sebelum ni pernah main pn xda la gelap semacam and terang la jugak. Tapi, mission must accomplish..So masuk jek la..kih3.



1,2,3 and action.........
oke, bayar sudah..sekarang amik kasut masing-masing
anim said : inn, pin bola kt depan ok, bukan kt belakang
inn said : ops..saja ja,ad style...
Best...inn, k.ain, cheE n anim

ha yang sorg lagi tu k.Lah
hehe..hepy banget

Fuh, setelah penat bermain mengalahkan penat atlet Asean Games, its time to celebrate belated birthday hanim. Part yang ni pun best jugak..bab makan ni aku no.1, bukan no.1 apa pun..sebab makan kek, so no.1 la..i likeee...tapi yang peliknya celebrate birthday hanim ni, birthday girl yang beli kek tu sendiri. Kami tolong makan je, bertuah punya kawan kan. Dunke cheon hanim. Thumbs up for you.
Choc Cheese, Banana Choc  ( cebe favorite) , American Brownies & Indulegence (My fav.)


Nyumi2...

Mission Accomplished !!!..hehe..main bowling dah, celebrate anim belated day pun dah. Now, Jom Balik nanti tunang, adik and uncle marah. see ya


buzz : Noey & cebe ~ aku balik nanti kita main Bowl plus Sr Cake ya..=)


Wednesday, January 12, 2011

Jangan Salahkan kafein itu

say Hi again..
Sebenarnya tiap detik rasanya nak corat-coret dalam blog ni, like c3kz addressed aku yesterday. "newbie" la katakan..hehe..untuk permulaan ni memang rasa banyak ja benda nak coret untuk korang.. tapi xpa..kita coret satu persatu..ok, stay tuned.

Semalam tidur lewat sangat la..dah dekat subuh baru dapat tidur. nak tau ni suma pasal sapa??sapa lg pasal si "nescafe " tu lah..hehe..Tak baik kan salahkan dia. Sapa suruh aku minum dia tengah malam buta,bukan apa aku tiba-tiba rasa rindu sangat nak minum my favorite hot drink tu. Masa aku study dulu, bermula dari sekolah menengah sampailah ke Uni, dia ni x pernah tinggalkan aku sebab aku x pernah tinggalkan dia, kih3..

Tapi yang bestnya, aku dapat menikmati keheningan malam yang sangat tenang dan aman. Banyak benda yang aku dengar,eh eh tapi bukan benda pelik-pelik ok. Aku ditemani oleh  ikim.fm (cheh,bajet baik sangat dengar ikim) tapi xpala kan sebab I like this kind of feeling. so,kawan-kawan kalau nak rasa apa yang aku rasa ni, tido lewat la malam ni..hee

Tapi point aku arini nak share la ckit pasal kafein ni..Mungkin ramai yang xsuka kafein2 ni kan. Ada kawan aku tu suka sangat dengan milk..owhh no, aku memang xbole kalau susu-susu ni. Kalau ikutkan rumours, ramai yang cakap kafein ni x baik tuk kesihatan, tapi sebenarnya semua tu ikut jumlah pengambilan seharian kita. Apa pun yang kita ambil kalau berlebihan pasti akan memudaratkan kita kan. Aku ada la baca ckit kajian dari pakar-pakar sedunia tentang kafein ni. Ini antara maklumat yang aku dapat :
  1. Meminum kafein secara teratur dalam tempoh kajian selama 5 tahun mendapati kurang dari 80% risiko dari diserang perkinson.
  2. Berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan kanser,sakit jantung dan strok.
  3. Boleh meransang aktiviti otot terutamanya untuk seorang athelit dan meransang otak untuk tidak merasa letih.
Hehe, keburukannya hanya akan timbul kalau kita ambil berlebihan. So,moral of the story ; "jangan ambil  kafein berlebihan"...
Just simple like that !!..



Tuesday, January 11, 2011

Cuba.Try.Test @ 11.1.11

11.1.11...xrasa ka tarikh ni lawa??..coretan ati berkata "bestnya kalau dapat cipta sejarah di sebalik tarikh keramat ni. Birthday: xkan la nak lahir semula kan, lainla Dato Siti Nurhaliza tu, dah memang nak kuar pada tarikh keramat ni..hehe. Kahwin : Awal lagi kot,lagipun macam xsempat jek nak wat persediaan ni..hehe
 Think punya think..tadaa...This blog is created " Coretan iNn Daa".....

Assalammualikum,Salam Sejathera & Salam Mahabbah..eh eh skemanya aku ni. Ok Lets cut here,coretan ini hanya sekadar coretan humble aku buat "bakal-bakal teman ku" d blog ini sekadar ingin berkongsi segala corat coret yang berlegar-legar di kepala otak aku ni..hehe..

No worry la, dalam blog ni kita boleh share anything about me, about you,about them and all about the creation in this universe .Bahasa : Bahasa Ibunda ku ka, english ka, arabic ka, mandarin ka & korea ka..eh tambah ckit slank SaBaH ka...apa-apa pun boleh selagi aku boleh translate kan tuk korang.
So,thats it...Annyeong Haseyo.